Mazhab Hanafi.
Mazhab Hanafi ialah salah satu mazhab fiqh dalam Islam Sunni. Mazhab ini terkenal sebagai mazhab yang paling terbuka kepada idea moden. Mazhab ini diamalkan terutama sekali di kalangan orang Islam Sunni Mesir, Turki, sub-benua India dan sebahagian Afrika Barat, walaupun pelajar Islam seluruh dunia belajar dan melihat pendapatnya mengenai amalan Islam. Mazhab Hanafi merupakan mazhab terbesar dengan 30% pengikut.
Kehadiran mazhab mazhab ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan mutlak seperti dalam Kristian (Prostestan dan Katolik) dan beberapa agama lain. Sebaliknya ini merupakan perbezaan sihat melalui pendapat logik dan idea dalam memahami Islam. Perkara pokok seperti akidah atau tauhid masih sama dan tidak berubah.
Mazhab Maliki.
Maliki ialah mazhab fiqh yang tertua dalam Islam sunni. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afika Barat. Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut kedua teramai iaitu lebih kurang 25% daripada Muslim.
Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima. Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Kesannya, Hadis yang dikaji oleh mazhab ini agak terhad daripada mazhab yang lain.
Mazhab Hanbali.
Mazhab Hanbali[1] (bahasa Arab: حنبلى) atau juga dieja Mazahab Hambali[2] adalah satu daripada empat mazhab fiqah dalam aliran ahli sunnah wal jamaah (tiga lagi adalah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Mazhab Syafie). Mazhab ini juga mendakwa mengikut aliran Wahabi dan Salafi tetapi posisi ini tidak diakui oleh sarjana Islam. Aliran Salafi merujuk Mazhab Hanbali sebagai Mazhab Athari.
Mazhab Hambali dimulakan oleh pelajar Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini kebanyakannya diamalkan oleh masyarakat Islam di Semenanjung Arab.
0 comments:
Post a Comment