PeRhIaSaN dAlAm IsLaM…


Bagaimana dengan perhiasan dalam Islam dan setakat mana pula batas penggunaannya?
Allah s.w.t tidak pernah mengharamakan perhiasan untuk manusia. Allah s.w.t itu sendiri cantik dan Dia sendiri sukakan kecantikan. Kecantikan itulah perhiasan yang sebenarnya. Sungguhpun begitu, perhiasan yang dimaksudkan bukanlah terdapat di sebarang tempat dan masa. Ertinya, perhiasan yang tidak haram tetapi ada waktu dan tempat tertentu yang diharamkan berhias.
Perhiasan pada zahirnya terbahagi kepada dua:
Perhiasan manusia; terdiri daripada perhiasan zahir dan batin. Perhiasan zahir ialah kecantikan pakaian yang dipakai dan kecantikan tubuh badan. Perhiasan batin pula ialah akhlak mulia. Hati yang baik akan melahirkan ucapan yang baik dan lunak. Ia akan mengarahkan tangan membuat kebaikan dan akan menyuruh kaki melakukan kebaikan. Himpunan itu srmua barulah seseorang itu dikatakan berakhlak mulia dan itulah perhiasan yang paling mahal.
Perhiasan alam; ianya termasuk perhiasan semula jadi alam rumahtangga. Kecantikan ciptaan Allah s.w.t adaalh merupakan perhiasan yang Allah s.w.t ciptakan untuk manusia. Ini adalah kerana manusia saja yang tahu menilai perhiasan itu. Perhiasan ini tidak boleh dimusnahkan. Perhiasan dalam rumahtangga merupakan perhiasan yang diciptakan oleh penghuni rumah itu sendiri.

Perhiasan yang diharamkan adalah perhiasan yang digunakan untuk kebanggaan; contohnya, pinggan mangkuk yang mahal-mahal diletakkan di ruang tamu. Benda itu sepatutnya diletakkan di dapur tetapi apabila diletakkan di ruang tamu untuk sesuatu tujuan, maka hukumnya akan jatuh berdasarkan tujuan seseorang.

PaNtAnG LaRaNg DaLaM IsLaM…


Apakah ada pantang larang dalam Islam sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kita kini?
Dalam Islam sendiri ada pantang larangnya. Hukum yang lima; wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah merupakan pantang larang yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Hukum asas ini semuanya terkandung dalam di dalam al-Quran dan al-Hadis. Ada juga hukum-hukum tersebut dikeluarkan hasil tafsiran dan bahasan dari al-Quran dan al-Hadis. Ini semua bergantung kepada keluasan ilmu para ulama.
Mengenai pantang larang orang melayu yang masih diamalkan kini, ia tidak lebih dari adat bangsa semata-mata. Pantang larang itu sebahagiannya bersesuaian dengan syariat dan sebahagiaanya bercanggah dengan syariat. Mengikut kaedah fekah, mana-mana adat bangsa yang bersesuaian dengan syariat ia diiktiraf sebagai hukum Islam juga, sebaliknya jika bercanggah dengan hukum syarak tidaklah diiktiraf.
Pantang larang ini sesetengahnya bukanlah bermaksud larangan semata-mata, tetapi ia bermaksud lain dan kebanyakannya ia bersesuaian dengan syariat. Contohnya, orang tua -tua selalu melarang anak gadis daripada duduk bersidai di tangga kerana katanya, takut mendapat suami tua ataupun lambat mendapat suami. Larangan ini sungguhpun dirasakan tidak logik tetapi ia bersesuaian dengan syariat iaitu islam memang melarang wanita sama ada anak dara mahupun yang sudah berkahwin dari duduk di tempat yang terdedah kepada orang ramai kerana ianya adalah satu keaiban. Inilah bentuk-bentuk larangan yang bersesuain dengan Islam.

TiDaK bErI dIdIkAn AgAmA…

Berdosakah ibu bapa yang tidak mengajar anak-anak tentang didikan agama Islam?
Berdosa hukumnya ibu bapa yang tidak mahu mengajar anak-anak tentang agama Islam. Ajar hukum Islam kepada anak-anak bukanlah semestinya berbentuk kelas, ia boleh diajar sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ajaran ini dinamakan didikan atau latihan awal. Sebagai contoh; ibu bapa sentiasa berakhlak baik, ibu bapa taat kepada bapa dan mereka sentiasa taat kepada perintah sembahyang dan sebagainya. Hal ini kalau dibuat secara tetap boleh mendidik anak kearah kebaikan. Anak akan perhatikan gerak geri ibu bapanya. Nanti mereka mudah mengikutinya.
Apabila anak itu sudah meningkat umur tujuh tahun barulah disuruh mereka bersembahyang dan menjalani ibadah-ibadah lain, tetapi utamanya adalah sembahyang. Jika mereka berdegil malas di waktu usia sepuluh tahun bolehlah dirotankannya. Ini adalah latihan secara langsung. Di peringkat latihan ini, jika nyatalah ibu bapa itu tidak mampu mengajar sendiri, maka hendaklah ibu bapa itu menghantar anak-anaknya itu ke kelas pengajian fardu ain.
Ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka tanpa mengajar ajaran islam walaupun mereka sendiri beramal soleh adalah satu kesilapan. Ibadah mereka tidak diterima oleh Allah s.w.t, ketika mereka hendak dimasukkan ke dalam syurga, mereka akan ditahan oleh anaknya, untuk minta pembelaan. Lantas segala pahala amalan mereka akan diberikan kepada anak-anak mereka dan si anak akan memasuki syurga dan kedua-dua ibu bapanya akan masuk ke neraka.
IKLAN RAYA PETRONAS 2006

TuNtUtAn UmAt IsLaM bErSaTu…


Sayidina Omar Al-Khattab meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w; maksudnya: “tiada Islam melainkan jemaah, tiada jemaah melainkan imarah (pemimpin) dan tiada imarah melainkan dengan adanya ketaatan”.
Kekuatan hanya ada pada jumlah yang ramai kalau umatnya berpecah belah, bertengkar sesame sendiri, maka sebab itu umat Islam diminta agar berjemaah atau bersatu. Allah s.w.t sendiri berfirman: “berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah keseluruhannya dan janganlah kamu berpecah belah”

(ali imran: 103)
Dalam sesebuah jemaah mestilah ada pemimpin, seperti dalam sembahyang berjemaah mesti ada imamnya, kalau sembahyang ramai-ramai tetapi tiada imamnya tidaklah dikatakan sembahyang berjemaah. Jadi, jemaah Islam itu mesti ada ketua atau pemimpin, itulah yang dimaksudkan dengan imarah.
Kemudian kepimpinan itu mestilah ditaati seperti dalam sembahyang jemaah juga, masakan boleh makmum membuat sesuka hati tanpa mengikut pergerakan imam. Jadi ketaatan kepada pemimpin mesti ada dalam sebuah jemaah Islam. Dengan adanya ketaatan itu barulah tertegaknya jemaah yang kuat. Pemimpin yang taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w memang wajar ditaati. Hasil ketaatan ini barulah Islam dapat didaulatkan menjadi tinggi dan agung.
Jemaah Islam yang dimaksudkan adalah “kesatuan ummah”. Umat Islam berada dalam kesatuan hati, kesatuan akidah, kesatuan fikiran dan kesatuan syariat. Mereka tidak semestinya berada dalam satu persatuan yang besar, yang penting ada kesepakatan dalam semua yang disebutkan di atas. Tapi hari ini, banyak yang mendakwa menubuhkan jemaah Islam tapi kekuatannya amat rapuh, ramainya ahli bagaikan buih dilautan sahaja, hati mereka tidak bersatu. Jemaah begini eloklah dijauhkan.

KeIsTiMeWaAn IsLaM...


RABBANI
- Islam adalah agama yang datang daripada Allah s.w.t. Ia merupakan agama yang bersih dari campur tangan manusia. Oleh itu, apa segala peraturan dan syarat-syarat yang terdapat di dalam Islam tidak berteraskan kepada kepentingan peribadi manusia malah ia adalah agama yang tidak akan menzalimi manusia dan tiada kelemahan.
SYAMIL DAN KAMIL
- Syamil bermaksud Islam adalah agama yang menyeluruh dan Kamil bermakna sempurna. Oleh itu Islam adalah agama yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Ia melibatkan sekecil-kecil persoalan iaitu individu sehingga sebesar-besar perkara seperti urusan perhubungan antara negara.
WASATIYYAH
- Ia bermaksud Islam adalah agama penuh dengan keseimbangan. Sikap pertengahan di dalam Islam dapat dilihat antara konsep akal dan juga wahyu. Islam mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh akal namun dalam semua perkara akal manusia adalah tebatas. Oleh itu, wahyu memainkan peranan sebagai mengimbangi kemampuan tersebut.
WAQI’E
- Bermaksud Islam adalah agama yang praktikal. Ia bukan hanya teori semata-mata, bahkan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.
‘ALAMI
- Bermaksud Islam adalah agama sejagat atau universal. Ia sesuai untuk dilaksanakan pada zaman dahulu, sekarang dan akan datang sehingga Hari Kiamat. Ajarannya merangkumi aspek zahir dan batin yang akan menambahkan lagi kekuatan kesejagatan Islam.

IsLaM sEbAgAi Ad-DiN...


Islam bukanlah satu agama yang sempit sebagaimana fahaman sesetengah agama atau tanggapan mereka yang kurang faham. Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap dan menyeluruh. Penyeluruhan cakupan Islam itu merangkumi seluruh dimensi kehidupan insan yang melibatkan urusan peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan, hubungan antarabangsa, politik, ekonomi dan sosial.

Islam ingin merubah watak dan sifat insan agar mereka dapat menjadikan Islam sebagai unsur penentu perlakuannya yang akhirnya membawa perubahan positif dari segala aspek.

PeMiKiRaN aSaS tEnTaNg IsLaM...

Islam merupakan agama yang datang daripada Allah s.w.t. Ianya satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t.
(ali imran: 19)
Islam adalah agama yang diterima Allah s.w.t yang mampu membawa keuntungan yang hakiki di sisi Allah s.w.t.
(ali imran: 85)
Islam adalah agama yang sempurna lengkap dan terakhir.
(al-maidah: 3)
Islam adalah agama yang membawa pesanan kerahmatan untuk seluruh alam.
(al-anbiya: 107)

PeNgErTiAn IsLaM...


Islam berasal dari perkataan arab “salima” yang membawa maksud aman, selamat dan aman sentosa. Ianya juga membawa maksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat.
Dari sudut istilah syarak pula islam membawa maksud “patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t dengna penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan”. Definisi ini menekankan bahawa islam itu merujuk kepada sifat menyerah dan keinsafan. Ia juga menekankan ketaatan kepada Allah s.w.t itu hendaklah dilakukan dengan kerelaan dan bukan paksaan. Oleh kerana adanya unsur pilihan tersebut menjadikan amalan manusia tersebut dibalas oleh Allah s.w.t.
Islam juga bermaksud satu peraturan atau sistem hidup menyeluruh yang mengatur hidup manusia berdasarkan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

aSSaLaMuaLaiKuM...


SeLaMaT DaTaNg...

Islam merupakan nama bagi agama yang terakhir diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Ia tidak dikaitkan dengan nama bangsa yang menjadi tempat tumbuhnya agama ini di peringkat awalnya dan ia juga tidak dikaitkan dengan nama pembawanya iaitu nabi Muhammad s.a.w. Ia melambangkan KEUNIKAN Islam.