Berdosakah ibu bapa yang tidak mengajar anak-anak tentang didikan agama Islam?
Berdosa hukumnya ibu bapa yang tidak mahu mengajar anak-anak tentang agama Islam. Ajar hukum Islam kepada anak-anak bukanlah semestinya berbentuk kelas, ia boleh diajar sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ajaran ini dinamakan didikan atau latihan awal. Sebagai contoh; ibu bapa sentiasa berakhlak baik, ibu bapa taat kepada bapa dan mereka sentiasa taat kepada perintah sembahyang dan sebagainya. Hal ini kalau dibuat secara tetap boleh mendidik anak kearah kebaikan. Anak akan perhatikan gerak geri ibu bapanya. Nanti mereka mudah mengikutinya.
Apabila anak itu sudah meningkat umur tujuh tahun barulah disuruh mereka bersembahyang dan menjalani ibadah-ibadah lain, tetapi utamanya adalah sembahyang. Jika mereka berdegil malas di waktu usia sepuluh tahun bolehlah dirotankannya. Ini adalah latihan secara langsung. Di peringkat latihan ini, jika nyatalah ibu bapa itu tidak mampu mengajar sendiri, maka hendaklah ibu bapa itu menghantar anak-anaknya itu ke kelas pengajian fardu ain.
Ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka tanpa mengajar ajaran islam walaupun mereka sendiri beramal soleh adalah satu kesilapan. Ibadah mereka tidak diterima oleh Allah s.w.t, ketika mereka hendak dimasukkan ke dalam syurga, mereka akan ditahan oleh anaknya, untuk minta pembelaan. Lantas segala pahala amalan mereka akan diberikan kepada anak-anak mereka dan si anak akan memasuki syurga dan kedua-dua ibu bapanya akan masuk ke neraka.
IKLAN RAYA PETRONAS 2006
0 comments:
Post a Comment