
Sayidina Omar Al-Khattab meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w; maksudnya: “tiada Islam melainkan jemaah, tiada jemaah melainkan imarah (pemimpin) dan tiada imarah melainkan dengan adanya ketaatan”.
Kekuatan hanya ada pada jumlah yang ramai kalau umatnya berpecah belah, bertengkar sesame sendiri, maka sebab itu umat Islam diminta agar berjemaah atau bersatu. Allah s.w.t sendiri berfirman: “berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah keseluruhannya dan janganlah kamu berpecah belah”
(ali imran: 103)
Dalam sesebuah jemaah mestilah ada pemimpin, seperti dalam sembahyang berjemaah mesti ada imamnya, kalau sembahyang ramai-ramai tetapi tiada imamnya tidaklah dikatakan sembahyang berjemaah. Jadi, jemaah Islam itu mesti ada ketua atau pemimpin, itulah yang dimaksudkan dengan imarah.
Kemudian kepimpinan itu mestilah ditaati seperti dalam sembahyang jemaah juga, masakan boleh makmum membuat sesuka hati tanpa mengikut pergerakan imam. Jadi ketaatan kepada pemimpin mesti ada dalam sebuah jemaah Islam. Dengan adanya ketaatan itu barulah tertegaknya jemaah yang kuat. Pemimpin yang taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w memang wajar ditaati. Hasil ketaatan ini barulah Islam dapat didaulatkan menjadi tinggi dan agung.
Jemaah Islam yang dimaksudkan adalah “kesatuan ummah”. Umat Islam berada dalam kesatuan hati, kesatuan akidah, kesatuan fikiran dan kesatuan syariat. Mereka tidak semestinya berada dalam satu persatuan yang besar, yang penting ada kesepakatan dalam semua yang disebutkan di atas. Tapi hari ini, banyak yang mendakwa menubuhkan jemaah Islam tapi kekuatannya amat rapuh, ramainya ahli bagaikan buih dilautan sahaja, hati mereka tidak bersatu. Jemaah begini eloklah dijauhkan.
0 comments:
Post a Comment