ZiArAh KeLuArGa bUkAn IsLaM…



Bolehkah saya melawat keluarga saya yang belum beragama Islam ketika ia meninggal dan berdosakah saya jika saya tidak pernah melawat kubur mereka? Bolehkah saya menghadiahkan surah Al-Fatihah untuk mereka?

Islam mengajar penganut agamanya, agar sentiasa menjaga hubungan dengan keluarga, tidak kira Islam atau belum beragama Islam. Bila Islamnya salah seorang ahli keluarga itu tidak bermakna terputusnya hubungan keluarga, lebih-lebih lagi antara anak dengan ibu bapanya. Walaupun si anak itu telah menukar kepercayaannya kepada Islam sedangkan kedua-dua ibu bapanya masih dengan agama asal mereka, Islam tetap mewajibkan seorang anak itu berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan sebaiknya sentiasa menziarahi keduanya. Sikap ini kalau dapat dilakukan menampakkan bahawa Islam itu sangat cantik, ini memudahkan ahli keluarga lain menerima baik Islam itu.

Kalau semasa hidup kita dibolehkan menziarahi keluarga kita yang bukan Islam, tentulah tidak salah kita menziarah keluarga kita dihari kematiannya. Cuma kita itdak boleh lagi melakukan upacara dan adat istiadat pengebumian yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. Contohnya, kalau seseorang itu berketurunan cina, maka dia tidak boleh lagi melakukan upacara menangis sewaktu menghantar jenazah ke kubur kerana dalam Islam, berdosa menangis dengan suara yang kuat sebagaiman amalan mereka.

Begitu juga dengan upacara membakar mayat dan sembahyang diadakan, tidak boleh dihadirinya walaupun kerana menghormatinya. Hubungan dengan ahli keluarga yang bukan Islam, hanya semasa hidup di dunia sahaja. Setelah mati, maka terputuslah hubungan, dari itu tidak dapatlah melakukan apa-apa untuk membantunya demi mengurangkan bebanannya di dalam kubur, bahkan haram dan berdosa jika menghadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk keluarga yang meniggal dalam keadaan tidak Islam.

Mengaenai ziarah kubur, tidaklah berdosa jika anda tidak pernah menziarahi kubur mereka itu. Sebaliknya, kalau saudara menziarahi kubur itu tidak ada apa-apa kebaikan yang dapat anda sumbangkan untuk si mati itu, sebaiknya anda lakukan ialah perelokkan Islam anda dan amalkan sungguh-sungguh ajaran Islam.


TiDaK mEmEnUhI jEmPuTaN…




Apakah hukum tidak menghadiri majlis perkahwinan kerana sebab-sebab tertentu?

Menghadiri jemputan kenduri perkahwinan adalah wajib. Jadi, jika kita tidak dapat menghadiri majlis itu, wajiblah dimaklumkan kepadanya atas keuzuran itu. Ingatlah! Menghampakan permintaan seseorang maka ia dikira dosa. Oleh itu, usahakan agar kita tidak berdosa dengan sebab perkara yang mudah kita elakkan.

Sesungguhpun begitu, tidak semua majlis kahwin wajib kita hadiri, ada majlis kahwin yang haram kita hadiri. Di sini, ingin saya perjelaskan bentuk kenduri kahwin yang tidak wajib kita hadiri. Mana-mana majlis yang mempunyai salah satu unsur berikut adalah tidak wajib kita hadiri:

Kenduri yang membezakan kelas masyarakat, miskin dan kaya dipisahkan.

Majlis yang terdapat percampuran bebas di antara lelaki dengan wanita sama ada sewaktu memasak, menghidang, melayan mahupun sewaktu makan.

Majlis yang diprogramkan dengan hiburan yang diharamkan Islam seperti mainan muzik dan nyanyian sama ada secara langsung mahupun yang dirakam atau seumpamanya.

Majlis perkahwinan yang diraikan pengantin dengan bersanding dihadapan ajnabi.

Majlis-majlis begini tidak berdosalah kalau kita tidak menghadirinya. Tetapi tidaklah berdosa jika menghadiri majlis itu kerana meraikan jemputannya akan diberikan pahala pula. Oleh itu, pandai-pandailah kita membuat pertimbangan.

TiDuR iBaDaH…

Benarkah tidur orang yng berpuasa satu ibadah?


Memang ada hadis yang mengatakan orang tidur sedangkan dia berpuasa dikira ibadah. Sebenarnya tidur dalam bulan lain pun dikira ibadah kalau dia dapat memenuhi lima syarat ibadah. Cuma istimewa dalam bulan Ramadhan, mereka yang tidur terus diberi pahala ibadah.

Sungguhpun hadis menyebut tidur namun tidak semua tidur itu ibadah. Sebenarnya tidur di sini hanya mengelak dari melakukan dosa mulut, lidah, kaki, tangan dan mata. Daripada bercakap kosong, lebih baik tidur, daripada berjalan tak tentu arah lebih tidur dan sebagainya. Tidur beginilah yang boleh diberi pahala. Akan tetapi, kalau asyik tidur sedangkan kerja yang diamanahkan tidak ditunaikan maka tidur itu adalah berdosa.

Sepatutnya, orang yang berpuasa tidak perlu tidur sdepanjang hari, tapi keharusan tidur itu hanya untuk memberi tenaga baru untuk masa yang lain.

Umat Islam sebaiknya tambah bertenaga di dalam bulan puasa kalau puasa yang dilakukan betul-betul ikhlas kerana Allah s.w.t. aktiviti harian tidak seharusnya tergendala dengan sebab puasa ini adalah kerana Allah akan menjayakan urusan kita.

MeNjElAsKaN kEdUdUkAn AnAk ZiNa…



Anak yang dilahirkan hasil zina, apakah harus ibu bapanya menceritakan hal itu kepada anaknya?

Dalam kes zina, pasangan lelaki dan perempuan berkenaanlah yang bertanggungjawab. Merekalah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti, dan mereka juga boleh dihukum di dunia ini dengan hukuman hudud. Merekalah yang berdosa dengan Allah s.w.t. kesalahan mereka tidak ada sangkut paut dengan anak yang mereka lahirkan. Si anak tidak bersalah dalam hal itu.

Oleh kerana anak tidak bersalah, maka tidak perlulah diceritakan punca kelahirannya, nanti akibat dari laporan itu, si anak akan rasa kecewa dan malu. Si anak itu, akan menderita kerana punca kejadiannya dari sumber yang tidak sihat sebagaiman orang lain. Lagipun mengikut hukum syarak segala keaiban yang kita lakukan, tidak boleh diceritakan atu dihebahkan kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada anaknya. Haram kita menceritakan semua itu, kecuali kalau diceritakan kepada hakim dengan tujuan supaya ia dihukum atas kesalahannya.

Mengenai bin/binti anak itu, boleh dipilih nama Abdullah yang bererti hamba Allah atau seumpamanya. Ini, kalau si ibu tidak mahu menggunakan nama ibu. Jika timbul persoalan anak, mengapa nama bapanya tidak sama dengan bapanya yang ada sekarang, boleh dinyatakan secara jujur bahawa si ibu sebenarnya janda sebelum berkahwin dengan bapanya sekarang. Sememangnya, perempuanyang berzina hakikatnya adalah janda.

LeLaKi MeMiNuM bEkAs PeReMpUaN…


Dalam bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi kawan, masalahnya bolehkah seseorang lelaki meminum bekas yang diminum oleh perempuan?

Gelas atau cawan minuman mestilah bersih dari sebarang najis dan kotoran. Bekas yang bersih menghasilkan minuman yang bersih kepada peminumnya. Kalau begitu, tidak salah seseorang meminum menggunakan bekas yang telah diminum oleh orang lain asalkan bekas itu tidak bernajis. Bahkan mungkin dengna minum bekas kawan kita itu akan lebih terasa kasih sayangnya. Apa tidaknya, tindakan itu seolah-olah tiada perasaan jijik lagi. Begitulah yang selalu diamalakan oleh para sahabat dan orang soleh.

Sejarah silam ada menceritakan, seorang sahabat Rasulullah s.a.w hanya menggunakan satu gelas air unutk dijamu kepada sahabat yang lain secara bergilir-gilir. Ini dilakukan bukan kerana mereka tidak ada banyak gelas tetapi kerana tujuan lain. Mungkin dengan cara ini boleh menghilangkan rasa sombong dan supaya menjalinkan rasa kasih sayang . Amalan ini dipandang hina oleh masyarakat barat. Malangnya, masyarakat kita banyak yang sudah terpengaruh dengan mereka, lalu kita rasa jijk untuk meminum bekas yang digunakan oleh kawan mereka.

Bagaimanapun, amalan ini sesuai untuk sesame kaum sejenis sahaja. Tidak sesuailah lelaki menggunakan bekasminuman perempuan unutk tujuan di atas. Ini adalah kerana lelaki dengna perempuan ttidak boleh berdua-duaan, haram kerana berkhalwat. Lainnya pula kalau lelaki itu suami dan perempuan itu isterinya tidaklah mengapa berbuat begitu malah itu yang paling baik dipraktikkan dalam rumah tangga.

BeRsAlAm-SaLaMaN Di DaLaM mAjLiS rAsMi…

Adat bersalaman di majlis-majlis rasmi, apakah ada dianjurkan oleh Islam?

Bersalaman pada dasarnya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ianya tidak kira di mana tempatnya sama ada di tepi jalan mahupun di dalam majlis yang besar. Cuma dalam Islam, bersalaman hanya diuntukkan di antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Tidak ada kelonggaran untuk lelaki dengan perempuan bersalaman.

Bersalaman ini boleh mencetuskan rasa kasih saying sesame Islam, sedangkan Islam menganjurkan umatnya saling mengasihi saudaranya yang lain lebih-lebih lagi kepada yang susah dan miskin. Atas dasar itum bersalaman patut dikekalkan di majlis-majlis seumpama itu. Bukan itu saja, bersalaman dengan orang bukan Islam juga harus dilakukan sebagai menunjukkan sikap baiknya akhlak orang Islam.

Adapun amalan orang bukan Islam seperti bersalaman di antara lelaki dengan perempuan terutama semasa bertemu atau menerima hadiah hendaklah dijauhi sepenuhnya. Alasan ‘nanti apa orang kata’ atau ‘nanti jatuh maruah orang pula’ hendaklah digantikan dengan ‘apa kata Allah?’ dan ‘bagaimana kalau dengan sebab ini, aku dimasukkan ke dalam neraka’.

PuTuSkAn HuBuNgAn DeNgAn AnAk…


Apakah hukumnya ibu bapa yabg memutuskan hubungan dengan anaknya. Apabila anaknya itu adalah itu tidak mahu menerima lelaki pilihan mereka untuk berkahwin?

Dalam Islam adalah berdosa besar seseorang yang berusaha memutuskan hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan ibu bapa mereka. Begitu juga hukum jika pihak ibu bapa yang memutuskan hubungan dengan anak mereka di atas alasan yang tidak munasabah. Ini tidak dibenarkan oleh syarak. Sebenarnya hubungan kekeluargaan tidak akan putus buat selama-lamanya kecuali si anak itu telah keluar Islam. Ketika itu si anak tidak berhak menerima sebarang pusaka ibu bapanya lagi. Itu pun Islam masih menganjurkan ibu bapa agar melayani anak itu dengan baik agar dia kembali ke pangkal jalan.
Tetapi Islam membenarkan seseorang itu dipulaukan jika anaknya itu derhaka dengan niat untuk mendidik mereka dalam tempoh tertentu. Semoga dengan tindakan memulaukan itu dapat menjadi pengajaran dan mengubah sikap orang berkenaan menjadi baik.

Mengenai pilihan suami memang bapa ada hak memaksa anak gadisnya menurut kehendaknya itu. Jika pilihan mereka itu menepati garis panduan Islam maka wajiblah si anak itu menerima dengan senang hati. Tetapi untuk kebaikan masa depan anaknya itu eloklah kedua ibu bapa member kelonggaran mengikut budi bicara yang baik. Di sini jika si anak ada pilihan sendiri dan ia pula menepati cirri-ciri yang ditetapkan oleh agama Islam maka elok diterima dengan baik. Ibu bapa hendaklah berlapang dada dalam soal jodoh anak-anak.

BeRbAhAs DeNgAn IbU bApA…

Bolehkah si anak berbahas dengan ibu bapa untuk  menegakkan kebenaran dengan ibu bapa. Sedangkan dia bukan berniat hendak melawan mereka?

Si anak dalam semua perkara mesti menganggap ayahnya seorang yang bijak dari dirinya. Walaupun anaknya itu berkelulusan university, ayahnya tetap lebih bijak. Ingatlah atas kebijaksanaan ayahlah yang membolehkan anaknya itu menjadi bijak. Adalah satu kebiadaban jika seseorang anak menganggap ayahnya tidak tahu sebagaimana yang dia tahu. Lalu, si anak bertegang leher dengan ayahnya. Sikapanya dibenci oleh Allah s.w.t.
Si anak hanya boleh memberikan maklumat yang tepat kepada ayah tetapi kalau si ayah tidak mahu menerimanya lebih baiklah anak itu berdiam diri. Dalam keadaan begini si ayah tidak akan mengaku kalah kepda anaknya walaupun dia tahu hujah si anak itu betul. Jika si anak mahu juga menegakkan kebenaran itu lalu diteruskan bertekak, maka dibimbangi berlaku pertangkaran di antara si anak dengna si ayah.
Si anak itu kalau ingin menjelaskan kebenaran kepada ayah, maka dicadangkan agar dia meminta bantuan orang yang disegani oleh si ayah. Berikan maklumat ynag benar kepadanya semoga dia dapat menjelaskan perkara itu kepada si ayah itu. Si ayah dalam keadaan itu akan mudah menerima maklumat itu dengan baik, insya-Allah. Inilah yang dikatakan jalan hikmah.