Apakah hukumnya ibu bapa yabg memutuskan hubungan dengan anaknya. Apabila anaknya itu adalah itu tidak mahu menerima lelaki pilihan mereka untuk berkahwin?
Dalam Islam adalah berdosa besar seseorang yang berusaha memutuskan hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan ibu bapa mereka. Begitu juga hukum jika pihak ibu bapa yang memutuskan hubungan dengan anak mereka di atas alasan yang tidak munasabah. Ini tidak dibenarkan oleh syarak. Sebenarnya hubungan kekeluargaan tidak akan putus buat selama-lamanya kecuali si anak itu telah keluar Islam. Ketika itu si anak tidak berhak menerima sebarang pusaka ibu bapanya lagi. Itu pun Islam masih menganjurkan ibu bapa agar melayani anak itu dengan baik agar dia kembali ke pangkal jalan.
Tetapi Islam membenarkan seseorang itu dipulaukan jika anaknya itu derhaka dengan niat untuk mendidik mereka dalam tempoh tertentu. Semoga dengan tindakan memulaukan itu dapat menjadi pengajaran dan mengubah sikap orang berkenaan menjadi baik.
Mengenai pilihan suami memang bapa ada hak memaksa anak gadisnya menurut kehendaknya itu. Jika pilihan mereka itu menepati garis panduan Islam maka wajiblah si anak itu menerima dengan senang hati. Tetapi untuk kebaikan masa depan anaknya itu eloklah kedua ibu bapa member kelonggaran mengikut budi bicara yang baik. Di sini jika si anak ada pilihan sendiri dan ia pula menepati cirri-ciri yang ditetapkan oleh agama Islam maka elok diterima dengan baik. Ibu bapa hendaklah berlapang dada dalam soal jodoh anak-anak.

0 comments:
Post a Comment