BeRbAhAs DeNgAn IbU bApA…

Bolehkah si anak berbahas dengan ibu bapa untuk  menegakkan kebenaran dengan ibu bapa. Sedangkan dia bukan berniat hendak melawan mereka?

Si anak dalam semua perkara mesti menganggap ayahnya seorang yang bijak dari dirinya. Walaupun anaknya itu berkelulusan university, ayahnya tetap lebih bijak. Ingatlah atas kebijaksanaan ayahlah yang membolehkan anaknya itu menjadi bijak. Adalah satu kebiadaban jika seseorang anak menganggap ayahnya tidak tahu sebagaimana yang dia tahu. Lalu, si anak bertegang leher dengan ayahnya. Sikapanya dibenci oleh Allah s.w.t.
Si anak hanya boleh memberikan maklumat yang tepat kepada ayah tetapi kalau si ayah tidak mahu menerimanya lebih baiklah anak itu berdiam diri. Dalam keadaan begini si ayah tidak akan mengaku kalah kepda anaknya walaupun dia tahu hujah si anak itu betul. Jika si anak mahu juga menegakkan kebenaran itu lalu diteruskan bertekak, maka dibimbangi berlaku pertangkaran di antara si anak dengna si ayah.
Si anak itu kalau ingin menjelaskan kebenaran kepada ayah, maka dicadangkan agar dia meminta bantuan orang yang disegani oleh si ayah. Berikan maklumat ynag benar kepadanya semoga dia dapat menjelaskan perkara itu kepada si ayah itu. Si ayah dalam keadaan itu akan mudah menerima maklumat itu dengan baik, insya-Allah. Inilah yang dikatakan jalan hikmah.

0 comments:

Post a Comment