MaKsIaT Di PeRiNgKaT rEmAjA…


Anak remaja sering terlibat dalam ‘cinta monyet’, berdosakan mereka saling memberi dan menerima gambar dan menatapnya. Apakah juga berdosa membuat hubungan surat dan telefon dengan gadis yang bukan muhrim?

Percintaan semasa remaja dalam apa keadaan sekalipun adalah salah di sisi Allah s.w.t. Ini kerana percintaan ini melibatkan nafsu yang lambat laun akan membawa kepada perbuatan maksiat. Walaupun di peringkat awal remaja, mereka hanya sekadar suka dan bergurau secara luaran namun itu juga dianggap sebagai maksiat.
Percintaan Dalam Islam Hanya dibenarkan di antara;
Hamba kepada Allah s.w.t.
Umat Islam kepada Rasulullah s.a.w.
Murid kepada guru.
Masyarakat kepada pemimpin.
Isteri kepada suami.
Anak kepada ibu bapa.

Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah utama, maka kecintaan kepada yang lainnya mestilah tidak boleh melebihi kecintaan kepada keduanya. Ertinya mencintai mereka itu hanya kerana perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Jadi, tidak bolehlah mencintai  mereka sehingga sanggup melanggar perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w.
Di sini jelas bercinta sesama remaja diharamkan oleh Islam kerana hasil percintaan itu membawa kepada pelanggaran syariat secara jelas. Kerana itu, apa jua perbuatan mereka sama ada menyimpan gambar dan berhubung surat atau telefon adalah berdosa. Jika sudah berlaku sebelum ini maka segeralah bertaubat semoga diampunkan oleh Allah s.w.t.

UmAt IsLaM tIdAk BeRdOsA…


Seseorang yang melakukan hubungan sejenis, tidak diakui umat Muhammad s.a.w. Ini apakah bermaksud pintu taubatnya sudah tertutup?

Semua dosa yang dilakukan oleh umat Islam kecuali syirik akan diampunkan Allah s.w.t, ini jika mereka mahu bertaubat. Dengan ini bererti pintu taubat untuk mereka masih dibuka. Orang yang terlibat dengan dosa liwat dan lesbian, walaupun dikatakan tidak diakui umat Muhammad s.a.w, namun bukanlah beerti mereka tiada peluang taubat lagi.
Rasulullah s.a.w tidak mengaku mereka sebagai umatnya adalah untuk menunjukkan betapa besarnya dosanya. Rasulullah s.a.w sungguh tidak sanggup menerima mereka kalau mereka masih dengan penyakit itu. Perlu diingat umat Muhammad s.a.w adalah mereka yang beriman dan bertakwa, mereka ini tidak melakukan dosa walaupun kecil. Dosa kecil kalau dilakukan juga oleh mereka, bukanlah dengan rela hatinya tetapi kerana terjebak atau terpaksa.  Mereka segera menyesal dan segera bertaubat. Inilah umat Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w sungguh senang hati dengan mereka.
Mereka yang banyak buat dosa tentu tidak layak mengaku umat Muhammad s.a.w, kerana pengakuan mereka itu menjatuhkan taraf Rasul sendiri. Rasulullah s.a.w tentu malu kalau melihat umatnya membuat dosa. Jadi, dengan tidak mengaku umat itu moga-moga boleh menginsafkan mereka yang berbuat dosa tersebut. Ertinya dengan kenyataan itu member maksud supaya orang yang bersalah itu agar segera bertaubat. Itu pun kalu dia masih mahu jadi umat Muhammad s.a.w. Setelah bertaubat besungguh-sungguh maka layaklah dia menjadi umat Muhammad s.a.w semula.

MeNeMpAh TiKeT Ke NeRaKa…


Betulkah ada orang mengatakan, menonton wayang itu seperti menempah tiket ke neraka?

Panggung wayang pada zahirnya hanya sebuah bangunan yang tidak ada apa-apa salahnya. Cuma salahnya pada pengisian panggung itu dan cara ia dimanfaatkan. Kalau pengisian programnya untuk ditayangkan filem yang ada unsur-unsur didikan negatif atau maksiat, maka jadilah tempat itu tempat maksiat. memanglah sekarang itu panggung wayang hanya mempunyai program itu sahaja. Jadi, kalau sesiapa yang memasuki panggung wayang akan terlibat dengan dosa.
selain dari itu, dalam panggung wayang itu pula penontonnya duduk dalam keadaan bebas di antara lelaki dan wanita. Ada yang datang dengan membawa pasangan masing-masing dan ada juga yang bertemu secara kebetulan di dalam panggung itu. Ini semua adalah haram dan patut dijauhi oleh semua umat Islam.
Kalau begitu, hukum menionton wayang di panggung wayang seperti di hari ini adalah haram dan berdosa. Munasabahlah orang yang masuk ke panggung wayang dikatakan seperti menempah tiket ke neraka, ini adalah kerana apa yang dilakukan itu adalah dosa. Setiap dosa akan membawa kita ke neraka di akhirat kelak.

MeRoKoK DiLaRaNg DaLaM IsLaM…


Apa pandangan Islam tentang merokok, ada sebahagian pendapat mengatakan makruh, dan ada pula yang megatakan haram?

Merokok tidak disukai Rasulullah s.a.w. para sahabat yang asalnya merokok mulai meninggalkannya setelah melihat Rasulullah s.a.w tidak menghisap rokok. Ini menampakkan seolah-olah merokok satu perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t. larangan di dalam Islam boleh jadi larangan haram atau boleh jadi juga larangan makruh. oleh kerana ulama tidak mendapati dalil yang jelas pengharamannya maka mereka hanya menetapkan ia sebagai makruh sahaja. orang Islam baik lelaki mahupun perempuan patut mengambil perhatian dengan larangan Allah s.w.t ini kerana:
 Larangan haram, wajib ditinggalkan, kalau tidak dia akan dicampakkan ke dalam neraka.
Larangan makruh, digalakkan meniggalkannya, kalau dibuat juga tidaklah berdosa tetapi dia tetap dalam kebebcian Allah s.w.t. kalau ditinggalkannya mendapat pahala.
Orang yang beriman bukan sahaja mematuhi larangan haram malah yang makruh pun dipatuhi. jadi kalau kita ingin menjadi seorang yang beriman, cubalah menghindari segala larangan Allah s.w.t. Sebenarnya, soal merokok selalu dipandang remeh oleh umat Islam. katanya: "alah, merokok makruh je, tak berdosa kan?". Sedangkan kalau mereka sedar bahawa makruh itu bererti 'dibenci Allah s.w.t' nescaya itu sudah cukup untuk menginsafkan mereka.
Pengamal perkara makruh, merokok misalnya bukan sahaja dibenci Allah s.w.t malah dibenci oleh orang ramai. Ertinya ia terlalu hampir kepada gejala haram. tetapi sesetengah ulama meletakkan hukum merokok dalam kategori haram. Ini adalah kerana akibat dari merokok itu boleh merosakkan diri sendiri. Umat Islam wajib menjaga kesihatan diri dan haramlah menzalimi diri sendiri. Jadi, merokok dikira haram. Bayangkan kalau lelaki pun dilarang merokok maka betapa lagilah perempuan. Sungguh tidak manislah perempuan yang menghisap merokok.

BeRcAkAp DeNgAn SuArA tInGgI…


Sebagai seorang guru, tetu banyak pantang larangnya, soalnya, apakah berdosa seorang perempuan bercakap dengan suara yang tinggi untuk menyamapaikan maklumat?

Pada dasarnya perempuan diharamakan bercakap dengan suara yang menggoda kerana suara perempuan boleh menyebabkan lelaki hilang pertimbangan. Kerana itu, Islam mengkategorikan suara perempuan sebagai aurat, iaitu suatu yang mesti dipelihara dari dilihat atau dikesan oleh lelaki. Sebenarnya dari suara mereka itu boleh mencetuskan fitnah, menyababkan hati lelaki menjadi gundah gulana. Ya, lelaki mana yang tidak tergoda dengan lunakan suara mereka. Lebih-lebih lagi kalau memang mereka berniat agar suara mereka boleh menggoda lelaki yang mendengarnya.
Akan tetapi mana-mana perempuan yang memang suara kuat (semula jadi) tidaklah mengapa, Cuma kalau boleh hendaklah dikawal agar janganlah sampai suara lunaknya itu terdengar oleh lelaki. Akan tetapi kalau memang dia berniat supaya suaranya didengari oleh lelaki maka berdosalah dia.
Bagaimanapun larangan itu bukanlah mutlak. Perempuan boleh bercakap dengan kuat sama ada ketika bercakap dengan perempuan atau lelaki ajnabi dalam urusan-urusan tertentu. Batasnya adalah seperti berikut:
Bercakap dengan suara tegas tapi bukan kasar, bercakap dengan suara pujuk mendayu adalah dilarang.
Bercakap hanya dalam urusan yang dibenarkan seperti penjual dengan pembeli, doktor dengan pesakit dan guru dengan murid. Selain dari urusan itu suara perempuan adlah aurat maka ianya dilarang.
Bersangkutan persoalan, maka jelaslah guru dalam menyampaikan maklumat kepada anak muridnya adalah dibenarkan oleh Islam. Batas-batas yang ditentukan oleh Islam ini adalah untuk keselamatan perempuan itu sendiri. Wanita harus hargai semua ini untuk menyelamatkan diridan maruah mereka dari gangguan luar.


MeNaMpAl GaMbAr ArTiS pUjAaN…


Berdosakah saya jika menampal gambar-gambar artis kegemaran saya di dinding bilik saya?

Gambar-gambar potret sama ada dilukis atau difotokan pada dasarnya adalah haram. Pengharamannya adalah atas beberapa sebab:
Rasulullah s.a.w telah melarang umatnya bergambar.
Di akhirat nanti gambar-gambar itu meminta supaya memasukkan nyawa untuknya.
Gambar itu cuma khayalan pelukisnya atau cuba menyamakan dengan ciptaan Allah s.w.t.
Gambar biasa diambil dari sudut yang mengghairahkan.
Gambar itu biasanya dijadikan sebagai pujaan atau idaman.
Gambar juga mampu menaikkan nafsu keinginan.
Orang yang melukis, mengambil gambar, menyimpan dan mempamerkannya masing-masing mendapat saham dosa. Bayangkan kalau sekadar itupun sudah berdosa apa lagi kalau ia dijadikan pujaan seperti gambar artis pujaannya, tentulah lebih besar dosanya. Umat Isalm sepatutnya tidak bertindak sebagaimana orang kafir bertindak.
Walau bagaimanapun, umat islam dibolehkan melukis dan mengambil gambar berpandukan syarat-syarat berikut:
Ada unsur pendidikan.
Gambar orang yang menutup aurat.
Gambar sebagai pengenalan diri dan ingatan, bukan pujaan.
Gambar untuk memperkenalkan tokoh ulama yang belum dikenali rupanya.
Gambar yang berbentuk di atas bolehlah dimiliki dan dipamerkan. Umat Islam sebaiknya mempamerkan gambar tokoh agama kalau-kalau dengan melihat wajah mereka boleh mendidik jiwa atau mendorong jiwa kita menjadi orang yang bertakwa sebagaimana dirinya juga. Begitu juga dengan gambar-gambar yang terdapat di dalam buku atau majalah, hendaklah boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada jiwa. Selain dari maksud itu adalah diharamkan.

SeLuAr LeBiH bUkU LaLi…


Apakah hukumnya jika memakai seluar panjang melebihi buku lali sehingga mencecah bumi sama ada di dalam sembahyang mahupun di luar sembahyang?

Memakai pakaian yang labuhnya melebihi buku lali sama ada seluar panjang atau jubah atau kain sarung adalah dilarang dalam Islam. Namun larangan itu bukanlah larangan haram. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu melabuhkan pakaian kamu sehingga ke buku lali dengan riyak". Hadis ini memahamkan kepada kita bahawa mereka yang melabuhkan pakaian tetapi bukan kerana riyak tidaklah dilarang. Ini seperti mereka yang kurus, apabila dikemaskan pakaiannya ke atas, pakaian itu turun ke bawah juga. Ertinya dia bukan sengaja melabuhkan pakaiannya.
akan tetapi kebanyakan orang sekarang ini memang menempah untuk melabuhkan pakaiannya. Maka inilah yang dikatakan riyak. Mungkin ada orang yang mengatakan: "saya pakai labuh tiada niat riyak pun!". Sebenarnya, boleh kita buktikan bahawa mereka yang melabuhkan pakaian itu memang kerana riyak; katakan kita ambil seluar kawan kita, kemudian kita gunting pendek dan jahitkan semula kadar di atas buku lali. Esok pagi bagi dia pakai, pasti dia tidak mahu kerana "malu" katanya. Itulah tandanya riyak.
Kalau seseorang yang memakai pakaian dengan riyak dikira berdosa, betapalah mereka yang bersembahyang dengan pakaian riyak pula. Tentu ini lebih dimurkai oleh Allah s.w.t. berhubung dengan memakai seluar panjang semasa sembahyang suka disebut di sini, walaupun ianya diharuskan ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemakainya. Seluarnya hendaklah longgar dan baju hendaklah dilabuhkan sehingga menutup punggung. Kalau peraturan ini tidak diikut, mereka boleh dianggap tidak bersopan dalam berdepan dengan Allah s.w.t.

MaZhAb MeMbEbAsKaN fIkIrAn MaNuSiA...


Mengapakah timbulnya banyak mazhab, tidakkah ia menjadikan umat Islam berpecah?

Timbulnya mazhab-mazhab dalam Islam sebagai tanda Allah s.w.t itu Maha Adil dan juga menunjukkan bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya berfikiran terbuka. Ertinya Islam tidak menngongkong fikiran manusia. Kalau umatnya dipaksa mengikut satu fikiran sahaja, nescaya jadilah Allah s.w.t itu zalim bagaikan pemerintah yang berkuku-besi.  Allah s.w.t sebenarnya Maha Adil lalu dibukakan peluang berfikir untuk hal-hal tertentu.
Kerana itu Rasulullah s.a.w ada menguatkannya dengan sabdanya yang bermaksud: "sesiapa yang memberi pendapatnya lalu betul maka dia mendapatkan dua pahala dan sesiapa yang salah dalam pendapatnya maka dia mendapat satu pahala".
Di sini, dapat dirasakan betapa cantiknya Islam; maka mana orang Islam yang cerdik merasakan Islam memberinya peluang untuk berfikir manakala mereka yang tidak cerdik merasakan diri mereka sungguh beruntung kerana akan dibela oleh orang yang cerdik pula.
Sebenarnya, hasil dari kebebasan berfikir itu mendorong para ulama mentafsirkan beberapa ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w berdasarkan ilmu masing-masing. Ayat al-Quran ditafsirkan dengan lebih khusus kerana ia diturunkan dalam hukum yang umum. Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w juga ditafsirkan semula jika hukumnya tidak jelas maksudnya. Oleh kerana ilmu ulama di antara satu sama lain tidak sama maka lahirlah pendapat yang berlainan, maka inilah yang menyebabkan lahirnya mazhab.
Banyak mazhab dalam hukum fekah adalah suatu yang ishat dan bersesuaian engan kehendak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w; “berselisih pendapat umatku adalah satu rahmat”. Ini menafikan pendapat sesetengah orang yang mengatakan banyak mazhab adalah punca umat Islam berpecah. Itu adalah kata-kata musuh Islam.

MaKsUd DeDaH aUrAt...

Apakah yang dimaksudkan dengan aurat menurut islam? Apakah pula yang dimaksudkan dengan mendedahkan aurat apabila keluar dari rumah?
Aurat ialah perkara yang menjadi aib apabila diketahui atau dilihat orang. Perkara itu wajib dilindungi atau dirahsiakan dari pengetahuan umum. Biasanya aurat ini dipakai pada manusia baik lelaki mahupun wanita. Aurat ini pula berbeza-beza mengikut jenis orangnya dan jenis orang yang dihadapinya. Untuk lebih jelas saya senaraikan seperti berikut:
orang perempuan yang berhadapan dengan lelaki yang muhrimnya, auratnya di antara pusat dengan lutut.
orang perempuan yang berhadapan dengan lelaki ajnabi(orang asing dari keluarganya) auratnya seluruh tubuhnya kecuali muka dan tangan sekadar pergelangan.
orang perempuan yang berhadapan dengan perempuan islam auratnya di antara pusat dengan lutut.
orang perempuan yang berhadapan dengan perempuan bukan islam auratnya seluruh tubuhnya kecuali muka, tangan dan kaki sekadar keperluan kerjanya.
orang perempuan yang bersendirian auratnya di antara pusat dengan lutut.
orang lelaki yang bersendirian auratnya hanya kemaluan.
suami yang berhadapan dengan isteri tiada aurat lagi.
Islam menetapkan ini semua untuk keselamatan manusia itu sendiri; perempuan selamat dari gangguan lelaki yang berniat jahat kepadanya dan lelaki pula selamat dari digoda oleh nafsu atau perempuan. Ketahuilah mereka yang mendedahkan aurat seperti yang disebutkan di atas sengaja mahu melanggar fitrah hatinya, sekaligus mahu melanggar perintah Allah. Walau bagaimanapun mereka yang terdedahkan auratnya tanpa niat sama ada terjatuh atau angin tidaklah berdosa.