Timbulnya mazhab-mazhab dalam Islam sebagai tanda Allah s.w.t itu Maha Adil dan juga menunjukkan bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya berfikiran terbuka. Ertinya Islam tidak menngongkong fikiran manusia. Kalau umatnya dipaksa mengikut satu fikiran sahaja, nescaya jadilah Allah s.w.t itu zalim bagaikan pemerintah yang berkuku-besi. Allah s.w.t sebenarnya Maha Adil lalu dibukakan peluang berfikir untuk hal-hal tertentu.
Kerana itu Rasulullah s.a.w ada menguatkannya dengan sabdanya yang bermaksud: "sesiapa yang memberi pendapatnya lalu betul maka dia mendapatkan dua pahala dan sesiapa yang salah dalam pendapatnya maka dia mendapat satu pahala".
Di sini, dapat dirasakan betapa cantiknya Islam; maka mana orang Islam yang cerdik merasakan Islam memberinya peluang untuk berfikir manakala mereka yang tidak cerdik merasakan diri mereka sungguh beruntung kerana akan dibela oleh orang yang cerdik pula.
Sebenarnya, hasil dari kebebasan berfikir itu mendorong para ulama mentafsirkan beberapa ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w berdasarkan ilmu masing-masing. Ayat al-Quran ditafsirkan dengan lebih khusus kerana ia diturunkan dalam hukum yang umum. Hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w juga ditafsirkan semula jika hukumnya tidak jelas maksudnya. Oleh kerana ilmu ulama di antara satu sama lain tidak sama maka lahirlah pendapat yang berlainan, maka inilah yang menyebabkan lahirnya mazhab.
Banyak mazhab dalam hukum fekah adalah suatu yang ishat dan bersesuaian engan kehendak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w; “berselisih pendapat umatku adalah satu rahmat”. Ini menafikan pendapat sesetengah orang yang mengatakan banyak mazhab adalah punca umat Islam berpecah. Itu adalah kata-kata musuh Islam.

0 comments:
Post a Comment