SeLuAr LeBiH bUkU LaLi…


Apakah hukumnya jika memakai seluar panjang melebihi buku lali sehingga mencecah bumi sama ada di dalam sembahyang mahupun di luar sembahyang?

Memakai pakaian yang labuhnya melebihi buku lali sama ada seluar panjang atau jubah atau kain sarung adalah dilarang dalam Islam. Namun larangan itu bukanlah larangan haram. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu melabuhkan pakaian kamu sehingga ke buku lali dengan riyak". Hadis ini memahamkan kepada kita bahawa mereka yang melabuhkan pakaian tetapi bukan kerana riyak tidaklah dilarang. Ini seperti mereka yang kurus, apabila dikemaskan pakaiannya ke atas, pakaian itu turun ke bawah juga. Ertinya dia bukan sengaja melabuhkan pakaiannya.
akan tetapi kebanyakan orang sekarang ini memang menempah untuk melabuhkan pakaiannya. Maka inilah yang dikatakan riyak. Mungkin ada orang yang mengatakan: "saya pakai labuh tiada niat riyak pun!". Sebenarnya, boleh kita buktikan bahawa mereka yang melabuhkan pakaian itu memang kerana riyak; katakan kita ambil seluar kawan kita, kemudian kita gunting pendek dan jahitkan semula kadar di atas buku lali. Esok pagi bagi dia pakai, pasti dia tidak mahu kerana "malu" katanya. Itulah tandanya riyak.
Kalau seseorang yang memakai pakaian dengan riyak dikira berdosa, betapalah mereka yang bersembahyang dengan pakaian riyak pula. Tentu ini lebih dimurkai oleh Allah s.w.t. berhubung dengan memakai seluar panjang semasa sembahyang suka disebut di sini, walaupun ianya diharuskan ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemakainya. Seluarnya hendaklah longgar dan baju hendaklah dilabuhkan sehingga menutup punggung. Kalau peraturan ini tidak diikut, mereka boleh dianggap tidak bersopan dalam berdepan dengan Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment