Apakah yang dimaksudkan dengan aurat menurut islam? Apakah pula yang dimaksudkan dengan mendedahkan aurat apabila keluar dari rumah?Aurat ialah perkara yang menjadi aib apabila diketahui atau dilihat orang. Perkara itu wajib dilindungi atau dirahsiakan dari pengetahuan umum. Biasanya aurat ini dipakai pada manusia baik lelaki mahupun wanita. Aurat ini pula berbeza-beza mengikut jenis orangnya dan jenis orang yang dihadapinya. Untuk lebih jelas saya senaraikan seperti berikut:
orang perempuan yang berhadapan dengan lelaki yang muhrimnya, auratnya di antara pusat dengan lutut.
orang perempuan yang berhadapan dengan lelaki ajnabi(orang asing dari keluarganya) auratnya seluruh tubuhnya kecuali muka dan tangan sekadar pergelangan.
orang perempuan yang berhadapan dengan perempuan islam auratnya di antara pusat dengan lutut.
orang perempuan yang berhadapan dengan perempuan bukan islam auratnya seluruh tubuhnya kecuali muka, tangan dan kaki sekadar keperluan kerjanya.
orang perempuan yang bersendirian auratnya di antara pusat dengan lutut.
orang lelaki yang bersendirian auratnya hanya kemaluan.
suami yang berhadapan dengan isteri tiada aurat lagi.
Islam menetapkan ini semua untuk keselamatan manusia itu sendiri; perempuan selamat dari gangguan lelaki yang berniat jahat kepadanya dan lelaki pula selamat dari digoda oleh nafsu atau perempuan. Ketahuilah mereka yang mendedahkan aurat seperti yang disebutkan di atas sengaja mahu melanggar fitrah hatinya, sekaligus mahu melanggar perintah Allah. Walau bagaimanapun mereka yang terdedahkan auratnya tanpa niat sama ada terjatuh atau angin tidaklah berdosa.
0 comments:
Post a Comment