Benarkah tidur orang yng berpuasa satu ibadah?
Memang ada hadis yang mengatakan orang tidur sedangkan dia berpuasa dikira ibadah. Sebenarnya tidur dalam bulan lain pun dikira ibadah kalau dia dapat memenuhi lima syarat ibadah. Cuma istimewa dalam bulan Ramadhan, mereka yang tidur terus diberi pahala ibadah.
Sungguhpun hadis menyebut tidur namun tidak semua tidur itu ibadah. Sebenarnya tidur di sini hanya mengelak dari melakukan dosa mulut, lidah, kaki, tangan dan mata. Daripada bercakap kosong, lebih baik tidur, daripada berjalan tak tentu arah lebih tidur dan sebagainya. Tidur beginilah yang boleh diberi pahala. Akan tetapi, kalau asyik tidur sedangkan kerja yang diamanahkan tidak ditunaikan maka tidur itu adalah berdosa.
Sepatutnya, orang yang berpuasa tidak perlu tidur sdepanjang hari, tapi keharusan tidur itu hanya untuk memberi tenaga baru untuk masa yang lain.
Umat Islam sebaiknya tambah bertenaga di dalam bulan puasa kalau puasa yang dilakukan betul-betul ikhlas kerana Allah s.w.t. aktiviti harian tidak seharusnya tergendala dengan sebab puasa ini adalah kerana Allah akan menjayakan urusan kita.

0 comments:
Post a Comment