Dalam kes zina, pasangan lelaki dan perempuan berkenaanlah yang bertanggungjawab. Merekalah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti, dan mereka juga boleh dihukum di dunia ini dengan hukuman hudud. Merekalah yang berdosa dengan Allah s.w.t. kesalahan mereka tidak ada sangkut paut dengan anak yang mereka lahirkan. Si anak tidak bersalah dalam hal itu.
Oleh kerana anak tidak bersalah, maka tidak perlulah diceritakan punca kelahirannya, nanti akibat dari laporan itu, si anak akan rasa kecewa dan malu. Si anak itu, akan menderita kerana punca kejadiannya dari sumber yang tidak sihat sebagaiman orang lain. Lagipun mengikut hukum syarak segala keaiban yang kita lakukan, tidak boleh diceritakan atu dihebahkan kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada anaknya. Haram kita menceritakan semua itu, kecuali kalau diceritakan kepada hakim dengan tujuan supaya ia dihukum atas kesalahannya.
Mengenai bin/binti anak itu, boleh dipilih nama Abdullah yang bererti hamba Allah atau seumpamanya. Ini, kalau si ibu tidak mahu menggunakan nama ibu. Jika timbul persoalan anak, mengapa nama bapanya tidak sama dengan bapanya yang ada sekarang, boleh dinyatakan secara jujur bahawa si ibu sebenarnya janda sebelum berkahwin dengan bapanya sekarang. Sememangnya, perempuanyang berzina hakikatnya adalah janda.

0 comments:
Post a Comment