TiDaK mEmEnUhI jEmPuTaN…




Apakah hukum tidak menghadiri majlis perkahwinan kerana sebab-sebab tertentu?

Menghadiri jemputan kenduri perkahwinan adalah wajib. Jadi, jika kita tidak dapat menghadiri majlis itu, wajiblah dimaklumkan kepadanya atas keuzuran itu. Ingatlah! Menghampakan permintaan seseorang maka ia dikira dosa. Oleh itu, usahakan agar kita tidak berdosa dengan sebab perkara yang mudah kita elakkan.

Sesungguhpun begitu, tidak semua majlis kahwin wajib kita hadiri, ada majlis kahwin yang haram kita hadiri. Di sini, ingin saya perjelaskan bentuk kenduri kahwin yang tidak wajib kita hadiri. Mana-mana majlis yang mempunyai salah satu unsur berikut adalah tidak wajib kita hadiri:

Kenduri yang membezakan kelas masyarakat, miskin dan kaya dipisahkan.

Majlis yang terdapat percampuran bebas di antara lelaki dengan wanita sama ada sewaktu memasak, menghidang, melayan mahupun sewaktu makan.

Majlis yang diprogramkan dengan hiburan yang diharamkan Islam seperti mainan muzik dan nyanyian sama ada secara langsung mahupun yang dirakam atau seumpamanya.

Majlis perkahwinan yang diraikan pengantin dengan bersanding dihadapan ajnabi.

Majlis-majlis begini tidak berdosalah kalau kita tidak menghadirinya. Tetapi tidaklah berdosa jika menghadiri majlis itu kerana meraikan jemputannya akan diberikan pahala pula. Oleh itu, pandai-pandailah kita membuat pertimbangan.

0 comments:

Post a Comment