ZiArAh KeLuArGa bUkAn IsLaM…



Bolehkah saya melawat keluarga saya yang belum beragama Islam ketika ia meninggal dan berdosakah saya jika saya tidak pernah melawat kubur mereka? Bolehkah saya menghadiahkan surah Al-Fatihah untuk mereka?

Islam mengajar penganut agamanya, agar sentiasa menjaga hubungan dengan keluarga, tidak kira Islam atau belum beragama Islam. Bila Islamnya salah seorang ahli keluarga itu tidak bermakna terputusnya hubungan keluarga, lebih-lebih lagi antara anak dengan ibu bapanya. Walaupun si anak itu telah menukar kepercayaannya kepada Islam sedangkan kedua-dua ibu bapanya masih dengan agama asal mereka, Islam tetap mewajibkan seorang anak itu berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan sebaiknya sentiasa menziarahi keduanya. Sikap ini kalau dapat dilakukan menampakkan bahawa Islam itu sangat cantik, ini memudahkan ahli keluarga lain menerima baik Islam itu.

Kalau semasa hidup kita dibolehkan menziarahi keluarga kita yang bukan Islam, tentulah tidak salah kita menziarah keluarga kita dihari kematiannya. Cuma kita itdak boleh lagi melakukan upacara dan adat istiadat pengebumian yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. Contohnya, kalau seseorang itu berketurunan cina, maka dia tidak boleh lagi melakukan upacara menangis sewaktu menghantar jenazah ke kubur kerana dalam Islam, berdosa menangis dengan suara yang kuat sebagaiman amalan mereka.

Begitu juga dengan upacara membakar mayat dan sembahyang diadakan, tidak boleh dihadirinya walaupun kerana menghormatinya. Hubungan dengan ahli keluarga yang bukan Islam, hanya semasa hidup di dunia sahaja. Setelah mati, maka terputuslah hubungan, dari itu tidak dapatlah melakukan apa-apa untuk membantunya demi mengurangkan bebanannya di dalam kubur, bahkan haram dan berdosa jika menghadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk keluarga yang meniggal dalam keadaan tidak Islam.

Mengaenai ziarah kubur, tidaklah berdosa jika anda tidak pernah menziarahi kubur mereka itu. Sebaliknya, kalau saudara menziarahi kubur itu tidak ada apa-apa kebaikan yang dapat anda sumbangkan untuk si mati itu, sebaiknya anda lakukan ialah perelokkan Islam anda dan amalkan sungguh-sungguh ajaran Islam.


0 comments:

Post a Comment