PaNtAnG LaRaNg DaLaM IsLaM…


Apakah ada pantang larang dalam Islam sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kita kini?
Dalam Islam sendiri ada pantang larangnya. Hukum yang lima; wajib, sunat, harus, makruh dan haram adalah merupakan pantang larang yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Hukum asas ini semuanya terkandung dalam di dalam al-Quran dan al-Hadis. Ada juga hukum-hukum tersebut dikeluarkan hasil tafsiran dan bahasan dari al-Quran dan al-Hadis. Ini semua bergantung kepada keluasan ilmu para ulama.
Mengenai pantang larang orang melayu yang masih diamalkan kini, ia tidak lebih dari adat bangsa semata-mata. Pantang larang itu sebahagiannya bersesuaian dengan syariat dan sebahagiaanya bercanggah dengan syariat. Mengikut kaedah fekah, mana-mana adat bangsa yang bersesuaian dengan syariat ia diiktiraf sebagai hukum Islam juga, sebaliknya jika bercanggah dengan hukum syarak tidaklah diiktiraf.
Pantang larang ini sesetengahnya bukanlah bermaksud larangan semata-mata, tetapi ia bermaksud lain dan kebanyakannya ia bersesuaian dengan syariat. Contohnya, orang tua -tua selalu melarang anak gadis daripada duduk bersidai di tangga kerana katanya, takut mendapat suami tua ataupun lambat mendapat suami. Larangan ini sungguhpun dirasakan tidak logik tetapi ia bersesuaian dengan syariat iaitu islam memang melarang wanita sama ada anak dara mahupun yang sudah berkahwin dari duduk di tempat yang terdedah kepada orang ramai kerana ianya adalah satu keaiban. Inilah bentuk-bentuk larangan yang bersesuain dengan Islam.

0 comments:

Post a Comment